Kepentingan Program Orientasi

Program Transisi atau orientasi dan  bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan di dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal  ke pendidikan formal.

Murid-murid yang masuk ke Tadika datang dari pelbagai latar belakang dan pengalaman yang berbeza. Keadaan ini menimbulkan banyak perbezaan di kalangan mereka yang boleh memberi kesan yang berterusan. Antara perbezaan yang timbul ialah perbezaan umur antara murid; kebolehan mereka memberi perhatian; kesediaan untuk belajar –  perbezaan pengalaman, fizikal, latar belakang keluarga); dan pengetahuan dan kemahiran yang berbeza – perbezaan kecekapan sosio-emosi perkembangan psikologi.

Tujuan Program Orientasi adalah supaya guru Tadika dapat menangani perbezaan murid yang berlainan latar belakang dan pengalaman serta dalam aspek kognitif, membantu murid menyesuaikan diri di kelas  dan menyepadukan pendekatan tidak formal dengan pendekatan yang lebih formal. Program Orientasi ini dilaksanakan dalam beberapa tahap iaitu :

TAHAP PERTAMA : Pelaksanaan Minggu Suai Kenal. Aktiviti di minggu orientasi ini berteraskan kepada prinsip untuk memperluaskan pengalaman dan memperkenalkan Tadika Generasi Global kepada para pelajar. Aktiviti-aktiviti yang dimuatkan adalah secara santai dan bertujuan supaya pelajar mahu datang ke tadika setiap hari. Tempoh Pelaksanaan : 1 Minggu.

TAHAP KEDUA : Pemulaan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran. Para pelajar  sudah bersedia untuk meneruskan proses pembelajaran dalam suasana yang  menyeronokkan.  Anak anda sudah dapat menguasai kemahiran asas motor kasar dan halus, kognitif, bahasa, estetika dan daya kreativiti, keagamaan dan ketatanegaraan. Proses pengajaran dan pembelajaran kurikulum pra sekolah akan dimulakan  namun secara fun learning. Tempoh Pelaksanaan : 2 Minggu.

TAHAP KETIGA : Asas Pembelajaran Formal. Di tahap ketiga, para pelajar akan didedahkan dengan kaedah pembelajaran yang lebih formal. Pada tahap ini, para pelajar sudah bersedia untuk belajar dengan bantuan buku teks dan buku aktiviti. Pembelajaran di tahap ketiga akan dimulakan dengan  subjek-subjek Kemahiran Asas 3M iaiatu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik. Pada tahap ini, pelajar akan mula diberikan kerja rumah yang mudah dan ringan. Tempoh Pelaksanaan : 2 Minggu.

Kesimpulannya, program orientasi adalah program yang penting, dan ia tidak boleh dicapai hanya dalam beberapa hari atau minggu.

About these ads

Posted on December 20, 2011, in Artikel. Bookmark the permalink. Comments Off.

Comments are closed.

%d bloggers like this: