GG | Kenali

  • Tadika Generasi Global adalah tadika yang berdaftar secara sah dengan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman.
  • Tadika Generasi Global ialah salah satu anak syarikat dari konglomerat Genius Gemilang Entrepreneurs yang berpusat di Sungai Petani.
  • Genus Gemilang Entrepreneurs ialah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan-perniagaan berteraskan pendidikan dan telah mempunyai pengalaman dalam industri ini selama lebih 10 tahun.
  • Konglomerat Genius Gemilang Entrepreneurs terdiri daripada rangkaian pusat tuisyen, pusat latihan komputer dan tadika.

Tadika Generasi Global berkonsepkan 3M – Membaca, Menulis dan Mengira untuk warga Malaysia Muhibbah. Konsep ini merangkumi keperluan dan relevan kepada semua bangsa yang mewakili Malaysia. Tadika Generasi Global membentuk generasi pelajar yang seimbang dari semua segi. ~ Seimbang pendidikan teras dan tambahan DAN seimbang pendidikan akademik dan agama. Konsep ini akan membentuk generasi pelajar muhibbah di kalangan generasi pelajar yang berbilang bangsa. Konsep ini juga akan menghasilkan generasi pelajar yang mampu menguasai kemahiran 3M sebelum memasuki sekolah rendah.


“Menjadi Sebuah Pusat Pendidikan Pra-Sekolah Yang Terunggul
Di Kawasan Sungai Petani, Kedah Darul Aman”.


“Ke Arah Melahirkan Satu Generasi Pelajar Yang Keterampilan
Serta Dinamik, Kreatif Dan Berdaya Saing Dalam Bidang Pendidikan
Selaras Dengan Falsafah Pendidikan Negara”.


  • Melahirkan Satu Budaya Pendidikan Yang Sihat Dikalangan Pelajar Pra-Sekolah.
  • Memberikan Satu Bentuk Perkhidmatan Pendidikan Dan Kemasyarakatan Yang Positif.
  • Membantu Meningkatkan Keyakinan Dan Persediaan Dikalangan Pelajar Pra-Sekolah. 
  • Membimbing Para Pelajar Supaya Lebih Bersedia Dan Menjadi Pelajar Yang Cemerlang.

Kami Percaya Objektif Utama Kami Dalam Melahirkan Pelajar Yang Berwawasan Dan Bervariasi Akan Tercapai Melalui:

  • Membekalkan Bahan Pembelajaran Yang Efektif Dan Eksklusif.
  • Yuran Berpatutan Bagi Semua Tahap Kemampuan Ibu Bapa.
  • Penyeliaan Disiplin Yang Lebih Efektif Dan Menyeluruh Daripada Guru.
  • Barisan Tenaga Pengajar Yang Bertindak Sebagai Pemudahcara Bagi Para Pelajar Pra-Sekolah Sepanjang Sesi Pembelajaran.
  • Berkesan Menimbulkan Minat Belajar Dalam Kalangan Pelajar Pra-Sekolah Yang Mempunyai Pencapaian Lemah Dan Sederhana.
  • Memastikan Pelajar Pra-Sekolah Mendapat Sepenuh Perhatian Dan Bimbingan Dalam Usaha Melahirkan Pelajar Cemerlang.
%d bloggers like this: